Skip to main content

Posts

Konsep Tamadun Islam, Corak Kehidupan dan Pegangan Serta Kemajuan Tamadun Islam Dari Generasi Ke Generasi.

  | Sumber gambar 1media.my | Konsep Tamadun Islam berpaksikan kepada seruan wahyu dari Ilahi melalui dua sumber iaitu Al Quran dan As Sunnah. Al Quran adalaj kalam Allah swt yang jitu ditulis dalam bentuk kita untuk pedoman umat Islam sepanjang zaman manakala As Sunnah adalah penerangan dan penjelasan terhadap kalam Allah yang menyokong setiap ayat Al Quran. Ini membawa maksud yang Islam tidak bertunjangkan ke atas peranan dan kepentingan sesuatu bangsa. Ianya wajib diamalkan oleh setiap manusia tanpa mengira ras, etnik, bangsa dan negara. Tamadun Islam todak akan maju sekiranya berlandaskan kepentingan sesuatu bangsa. Oleh sebab itu, Tamadun Islam menggariskan 4 asas yang wajib dipertahankan iaitu akhlak, aqidah, ilmu dan syariah. Dan bagaimana Tamadun Islam boleh bertahan lama sepanjang zaman. Ini adalah kerana Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang begitu istimewa iaitu:- Menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai sumber utama. Tegas dan tetap tanpa pengaruh mater
Recent posts

Sejarah kewujudan manusia di dunia ini sejak sepuluh ribu tahun sebelum masihi turut membawa kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil 'man-made' yang datangnya daripada sesuatu bangsa.

  | Sumber: http://s4fsejarahmesirpurba.blogspot.com/2012/07/sumbangan-tamadun-mesir-purba-sumbangan.html | Tamadun manusia bermula sekitar 10,000 S.M dan bermula di Timur Tengah. Jika merujuk kepada buku Tamadun Islam karangan Ibn Jawi, Tamadun terawal dalam sejarah peradaban manusia bermula dengan Nabi Idris AS dimana keturunan Nabi Adam AS bernaung dibawah pemerintahan Nabi Idris AS sebagai satu umat yang berkerajaan. Selepas peristiwa banjir besar, hanya ada lebih kurang 80 orang yang terselamat dengan menaiki bahtera Nabi Nuh AS. Mereka ini lah yang membina tamadun hebat selepas terdamparnya bahtera Nabi Nuh AS di Bukit Judi. Salah seorang putera Nabi Nuh AS iaitu Sam telah membina kerajaan di seluruh kawasan selatan Bukit Judi dimana kota-kota seperti Sumeria, Akkad, Ur dan sebagainya telah wujud pada 3,500 SM. Kota-kota inilah yang dikenali sebagai Tamadun Mesopotamia. Dibina diantara sungai Tigris (Daljah) dan Sungai Euphrates (Furat). Terciptanya hasil 'man-made

Mengapakah penting untuk mempelajari kemahiran pembelajaran abad ke-21?

  | Gambar ehsan Panorama Education | Sebelum kita pergi lebih jauh tentang kepentingan mempelajari kemahiran pembelajaran abad ke-21, adalah mustahak untuk kita tahu definisinya terlebih dahulu. Kemahiran abad ke-21 adalah satu set kemahiran yang diperlukan supaya dapat menjadi seorang warganegara yang berkemahiran tinggi, berdaya maju dan berdaya saing. Dalam era milenial, set kemahiran ini penting bagi menjamin seseorang individu untuk diterima bukan sahaja untuk pasaran kerja malah dapat menjadikan individu tersebut seorang warganegara yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik. Dalam menjalani kehidupan di abad ke-21, individu tersebut perlu untuk memahami, mendalami dan memiliki ilmu kemahiran maklumat, media dan teknologi. Malah kaedah inovasi dalam pembelajaran juga amat dititikberatkan. Ini kerana di dalam era ini, penggunaan internet menjadi sangat penting dan evolusi digital berlaku dengan sangat pantas. Jika dulu kebanyakan urusan harian berlaku secara analog dan manual ta

Adakah benar Sistem Persekutuan lebih baik daripada Sistem Kesatuan?

  | Gambar ihsan Youtube Chegu Mie, Dec 28, 2020 | Sebelum kita kita berbicara tentang kedua-dua jenis sistem pemerintahan ini, lebih baik kita memahami dulu secara ringkas apakah yang disebut Sistem Persekutuan dan Sistem Kesatuan. Sistem Pemerintahan Kesatuan secara definisinya ialah sebuah sistem yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan negeri. Manakala Sistem Pemerintahan Persekutuan pula adalah pembahagian kuasa atau pengasingan kuasa diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Di dalam senarai negara anggota PBB, hanya 27 dari 193 negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Persekutuan. Antara sebab negara-negara ini mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan ialah kerana penyatuan entiti-entiti politik yang mempunyai kepentingan bersama untuk bergabung tapi masih ingin mengekalkan identiti dan institusi kerajaan masing-masing. Sistem Persekutuan sebenarnya mempunyai kelebihan. Antaranya ialah dari segi pegurusan hubungan antara k

Adakah anda percaya bahawa pandangan politik seseorang berubah dari semasa ke semasa?

| Gambar ihsan Astro Awani | Pandangan politik seseorang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Akan tetapi, elok saya pecahkan kepada 3 bahagian iaitu dari sudut pandang kepartian parti kerajaan, sudut pandang kepartian parti pembangkang dan sudut pandang individu pegundi atas pagar. Bahagian Pertama - Pandangan Politik Kepartian Parti Kerajaan. Semua sedia maklum bahawa politik kepartian memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah parti yang kuat dan stabil. Ini kerana ahli parti mesti mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh majlis tertinggi setiap parti politik tanahair. Dan ini juga akan membuatkan sebuah kerajaan yang dibina oleh politik kepartian yang kuat akan menjadi lebih stabil. Sekiranya ada dikalangan pemimpin atau ahli parti yang ingkar dengan ketetapan yang telah pun diputuskan dalam mesyuarat agung atau persidangan, maka ahli parti boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti. Ini telah pun terjadi didalam parti kerajaan semasa dimana p

Big Why?

Kali ini aku nak berkongsi tentang apa yang aku faham tentang perkataan BIG WHY. Dalam bahasa Melayunya 'Kenapa Besar'. Ok, sangat kelakar bunyinya jadi kita hanya sebut 'Big Why' saja. Apa itu 'BIG WHY'? Setiap orang memerlukan sebab untuk melakukan sesuatu. Besar atau kecil sebab itu akan menjadi kayu pengukur kejayaan setiap individu. Disinilah pentingnya 'Big Why' kerana disebabkannya kita akan mempunyai matlamat dan akan mengejar matlamat itu sehingga kita beroleh kejayaan. Kau nampak betapa pentingnya 'Big Why'? 'Big Why' ini yang akan memegang semangat kau dalam bisnes Tone Excel kerana bisnes ini ramai sangat pendengkinya. Jadi dengan 'Big Why' lah kau pegang azam kau, semangat kau, impian kau supaya dalam apa jua situasi, kau akan dapat hadapinya dengan senyuman. Dalam sesetengah keadaan bila kau rasa diri kau sangat down atas apa apa perkara, kau ingat semula apa sebab kau join bisnes Tone Excel ini? Kau ingat semula a

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt. Disini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua Muslimin & Muslimat untuk segala kesalahan yg telah dilakukan samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga Aidilfitri tahun membawa seribu kebahagiaan dan keceriaan kepada semua tanpa melupakan sedikit pun kesengsaraan dan penderitaan yang berlaku ke atas saudara Islam kita di Palestin, Syria, Kemboja dan Myanmar. Juga luangkan sedikit masa untuk membacakan Al Fatihah untuk mangsa-mangsa nahas kapal terbang MH370 & MH17.Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang mati syahid dan dikalangan orang2 beriman. Al Fatihah.... Kepada rakan-rakan,jangan lupa untuk takbir raya tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.

The Power Of Sedekah

Assalamualaikum, Dalam entry kali ini aku nak bercerita sedikit tentang The Power Of Sedekah . Harap boleh dijadikan panduan buat rakan-rakan diluar sana. The Power Of Sedekah Pada 12-15 Jun 2014 yang lepas aku ada  mengikuti Kursus Motivasi  Dr. Azizan Osman  yang bertempat di MIECC Seri Kembangan.Dalam salah satu tajuk yang diberi adalah berkenaan The Power Of Sedekah .Sebelum aku mengikuti kursus beliau,aku agak skeptikal berkenaan sedekah sebab dalam kepala aku mesti fikir sindiket yang mempergunakan OKU untuk meraih keuntungan mudah tapi selepas aku mendengar ceramah beliau sikit demi sikit aku ubah pandangan aku pada peminta sedekah ini.Jadi aku pun mula lah menderma dan bersedekah  (sebelumnya aku memang menderma tapi dalam kuantiti yg sedikit)  kepada yang memerlukan. Bukan meminta sedekah tapi menjual tisu Apa yang jadi pada aku pada suatu hari menambahkan lagi kepercayaan aku terhadap The Power Of Sedekah . Seperti biasa pada hari Jumaat aku akan ke masj

Shopping Raya

Assalamualaikum. Entry kali ini aku nak bercerita tentang shopping untuk Aidilfitri 2014.Setelah berkira2 tentang bajet shopping dengan Mrs.Wifey, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak berbelanja lebih pada musim Aidilfitri 2014.Cukuplah sekadarsepasang baju raya berwarna hijau.Lokasi shopping tak lain Jalan TAR KL. Pintu Masuk Jalan TAR yang sesak Punyalah sesak sampai tak boleh bergerak.Jalan pun dah macam penguin! Tapi nak dapatkan mood raya dan suasana raya punya pasal, aku redahkan jugak lah.Kebiasaannya Jalan TAR bila nak dekat raya memang lagi sesak dek shopping last minit oleh warga KL. Sesak! Kedai pertama yang aku masuk adalah kedai mejual pakaian bayi dan kanak2.Mrs.Wifey berhajat nak belikan baju kurung raya untuk ank buah aku yg pertama Nurul Nabila Najwa.Hmm,design tak berapa nak menarik tapi dah berniatkan jadi beli jgk lah. Mrs.Wifey pilih baju untuk Baby Najwa Kemudian bermulalah pencarian baju Melayu & Baju Kurung untuk kam

MH17

Selama ini kita sering disogokkan dgn pemimpin yang selalu memberi kenyataan dangkal mengenai sesuatu isu dan cara mereka menguruskan isu tersebut sehingga rakyat naik menyampah & meluat. Kesan daripada ini, rakyat seolah-olah tak nampak walau sebesar mana pun kebaikan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, saya tersedar (setelah diingatkan) yang rakyat langsung tak ambil kisah (tak nampak satu pun di  news feed aku) tentang kejayaan PM DS Najib mengembalikan 2 kotak hitam & mayat mangsa ke tangan Malaysia sedangkan kejayaan ini diiktiraf oleh negara-negara luar walaupun tidak disebut secara terang (malu la tu) dan akhbar The Times juga memuji DS Najib & pasukannya untuk kejayaan itu yang menurut mereka tidak boleh dilakukan oleh pemimpin negara lain (DSAI pun puji Najib). Pada rakyat, itu muingkn perkara biasa sedangkan ianya tidak kerana disebabkan ada beberapa pemimpin lain yang selalu memberi kenyataan dangkal berhubung beberapa isu yang lalu maka k